Malaysia bakal eksport bekalan tenaga diperbaharui ke SG bulan ini
Anggaran Waktu Membaca:

Majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu antara TNB dan Sembcorp Power berlangsung di PETRA, Putrajaya.
PUTRAJAYA: Perdagangan rentas sempadan pertama Tenaga Diperbaharui (RE) dari Malaysia ke Singapura, dengan kapasiti 50 megawatt (MW), akan bermula bulan ini, menurut Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).
Bekalan elektrik hijau merentas sempadan pertama ini adalah hasil daripada proses bidaan berdaya saing yang dijalankan melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun.
"Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebagai syarikat utiliti nasional, akan membekalkan tenaga elektrik kepada Singapura melalui Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) menggunakan rangkaian ketersambungan sedia ada antara kedua-dua negara," menurut PETRA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (9 Dis).
Proses bidaan melalui ENEGEM adalah sebahagian daripada inisiatif PETRA di bawah Skim Jualan Elektrik Rentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (CBES RE).
Inisiatif berperingkat ini bertujuan untuk mencapai jumlah kapasiti sehingga 300 MW menggunakan rangkaian ketersambungan sedia ada antara Malaysia dengan Singapura.
PETRA menjelaskan bahawa ENEGEM memudahkan pemerolehan dan pembekalan elektrik hijau daripada grid kuasa Malaysia ke Singapura melalui mekanisme bidaan yang berdaya saing.
Pelaksanaan CBES RE sejajar dengan aspirasi peralihan tenaga Malaysia dan komitmennya untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui Grid Kuasa Asean. Agenda ini merupakan keutamaan ketika Malaysia bersiap sedia untuk memegang jawatan Pengerusi Asean pada 2025, menurut PETRA.
Terdahulu, satu majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui antara TNB dan Sembcorp Power diadakan di PETRA, disaksikan oleh wakil kedua-dua pemerintah.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.