Skip to main content

Dunia

Malaysia bakal bentang Rang Undang-Undang Keselamatan Online; namun lebih banyak perlu dibuat untuk tangani buli siber, kata pakar

Perbuatan buli siber mendapat tumpuan di Malaysia sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kematian tragik seorang pempengaruh media sosial yang telah dibuli di platform di mana dia memuat naik kandungan online.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia bakal bentang Rang Undang-Undang Keselamatan Online; namun lebih banyak perlu dibuat untuk tangani buli siber, kata pakar

(Gambar: iStock/P Kijsanayothin, Instagram/_rajeswaryappahu)

Diterbitkan : 02 Dec 2024 05:19PM Dikemas Kini : 02 Dec 2024 05:22PM
KUALA LUMPUR: Perbuatan buli siber mendapat tumpuan di Malaysia sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kematian tragik seorang pempengaruh media sosial yang telah dibuli di platform di mana dia memuat naik kandungan online.

Cik Rajeswary Appahu, lebih dikenali sebagai Esha, ditemui mati di rumahnya pada 5 Julai, sehari selepas dia membuat laporan polis terhadap dua orang dan menuduh mereka mengganggunya online.

Dia dipercayai membunuh diri, selepas secara berterusan selama lebih sebulan mengharungi pelbagai ancaman.

Berikutan siasatan di bawah undang-undang untuk ugutan jenayah dan gangguan secara online, dua orang didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah.

Pemilik rumah jagaan, Shalini Periasamy didenda RM100 (S$30) kerana menggunakan bahasa kesat di TikTok, manakala pemandu lori B Sathiskumar dihukum penjara selama setahun kerana menyerang Cik Rajeswary secara lisan menggunakan akaun TikToknya, Dulal Brothers.

Lima bulan kemudian, keluarga Cik Rajeswary masih mencari jawapan.

“Saya mahu tahu kenapa anak perempuan saya mengambil nyawanya sendiri. Saya perlu tahu. Saya ibunya. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam. Saya sangat sedih anak saya sudah tiada,” kata ibunya Puspa Rajagopal kepada Mediacorp.

“Mahkamah hanya mengeluarkan denda RM100 sahaja. Adakah ini akan menjadi contoh bagi kes sedemikian terhadap wanita lain? Walaupun kegaiatan 'trolling' dan ancaman itu akhirnya meragut nyawa?” tanya adiknya Susila Appahu.

Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai, menonjolkan risiko yang dihadapi oleh pengguna media sosial, terutamanya wanita.

MASALAH BULI SIBER

Sepanjang tiga tahun lalu, terdapat 9,483 laporan buli siber, lebih tinggi sedikit daripada 9,321 yang diterima mengenai penipuan online, menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menurut laporan global oleh The Economist Intelligence Unit, pada 2021, 85 peratus wanita mengalami keganasan online. Bentuk keganasan yang paling biasa berlaku termasuk ucapan benci, gangguan, doxxing, ancaman ganas dan pengedaran imej yang tidak diingini atau kandungan seksual yang eksplisit.

Walaupun Malaysia kurang data khusus jantina, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggarkan bahawa bilangan jenayah siber terhadap wanita di negara itu adalah sama kritikal dan semakin meningkat.

Undang-undang sedia ada tidak mentakrifkan buli siber atau buli, kata Firzana Redzuan, pengasas Monsters Among Us - sebuah NGO yang bertujuan untuk memerangi keganasan terhadap kanak-kanak.

“Ini bermakna tidak ada perlindungan - tidak ada cara untuk mencegah (jenayah) dan kami tidak boleh memikirkan mekanisme untuk menawarkan sokongan kepada mereka yang telah menjadi mangsa buli dan buli siber,” katanya.

PEMPENGARUH BIMBANGKAN KESELAMATAN MEREKA

Pengaruh media sosial Shakila Zen, seorang aktivis yang bercakap mengenai isu alam sekitar, dan Nandini Balakrishnan, yang menghasilkan kandungan mengenai beberapa topik termasuk diskriminasi, hak geminisme dan isu kemasyarakatan yang lain, telah menjadi mangsa kebencian online secara langsung.

Ada kalanya, kedua-dua wanita itu merasakan nyawa mereka berada dalam bahaya.

Dua tahun lalu, Cik Shakila menerima replika tangan terputus yang darah, dihantar ke rumah ibu bapanya. Ia disertakan dengan surat tanpa nama yang mengancam serangan asid terhadapnya.

Katanya: "Saya tidak kisah jika ancaman itu (terhadap saya sahaja), tetapi apabila ia datang kepada keluarga saya dan rakan-rakan saya dan komuniti saya yang bekerja dengan saya, ia sangat sukar bagi saya."

Cik Nandini berkata: "Salah satu perkara yang paling biasa orang katakan ialah 'anda meletakkan diri anda secara online, jadi saya sepatutnya dapat memberitahu anda perasaan saya, kerana itu adalah hak saya. Adalah hak saya untuk menyakiti’.”

Walaupun Rang Undang-undang Keselamatan Online akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi dengan tujuan untuk menutup kelemahan undang-undang dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat, kedua-dua wanita percaya itu ia tidak mencukupi untuk membuat mereka berasa lebih selamat.

Di bawah undang-undang yang dicadangkan, penyedia platform media sosial mesti memastikan keselamatan platform, melindungi kanak-kanak berumur bawah 13 tahun dan menyekat akses kepada kandungan berbahaya.

CUBA JADIKAN INTERNET LEBIH SELAMAT

Rang undang-undang itu adalah antara beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk cuba menjadikan ruang dalam platform media sosial lebih selamat berikutan kes Cik Rajeswary.

Pada Ogos, pegawai mengumumkan bahawa media sosial dan platform pemesejan dengan sekurang-kurangnya 8 juta pengguna tempatan mesti memohon lesen daripada kerajaan. Peraturan itu bermula tahun depan.

Keperluan sedemikian adalah sebahagian daripada rangka kerja kawal selia baharu untuk memastikan ekosistem dalam talian yang lebih selamat. Kod tatalaku untuk platform juga sedang dirangka.

Selain undang-undang, pakar berkata menjadikan internet sebagai tempat yang lebih selamat bermula di rumah.

Ibu bapa harus membimbing anak-anak mereka tentang cara mennggunakan ruang online, bukannya menyekat penggunaan mereka, kata Cik Firzana.

“Kami sentiasa mengajar anak-anak kami, bagaimana (untuk) menyeberang jalan. Tetapi apabila (mereka) masuk ke Instagram, anda hanya menganggap anak itu tahu serta-merta,” katanya.

"Membina daya tahan dalam kehidupan sebenar adalah sama seperti kehidupan anda di platform online."

Di mana untuk mendapatkan bantuan:

Samaritans of Singapore Hotline: 1767

Institut Kesihatan Mental Talian Bantuan: 6389 2222

Persatuan Kesihatan Mental Singapura
Talian Bantuan: 1800 283 7019

Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini (live from CNA)

Anda juga boleh dapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini (live here). Jika seseorang yang anda kenali berdepan risiko, hubungi khidmat perubatan kecemasan 24 jam.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita