Malaysia, Arab Saudi akan meterai kerjasama pertahanan
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi akan memeterai perjanjian kerjasama pertahanan sempena lawatan kerja Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin ke negara itu bermula Sabtu (7 Feb).
Encik Mohamed Khaled berkata beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat industri pertahanan Malaysia juga bakal dimeterai.
“Dalam lawatan ini, saya dijadualkan untuk pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman Al Saud,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Mohamed Khaled berkata lawatan itu turut merangkumi kehadiran beliau ke Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2026 yang berlangsung mulai Ahad (8 Feb)hingga 12 Feb di Riyadh.
Beliau yang tiba di Riyadh awal pagi tadi disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman serta Atase Pertahanan Malaysia di Arab Saudi Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.