Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia ambil tindakan terhadap salah guna logo halal

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia ambil tindakan terhadap salah guna logo halal

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jan 2025 10:00AM Dikemas Kini : 14 Jan 2025 10:15AM
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mohd Na'im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Dr Mohd Na'im berkata tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius.

JPM juga memberikan peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan label logo halal pada mana-mana produk yang dikeluarkan.

Tindakan menyalahgunakan label logo halal tambah beliau, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan.

Dr Mohd Na'im turut berasa dukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam di sebuah universiti awam kerana menjual produk 'ham dan cheese' yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JPM tambah beliau, tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.

Semua pihak juga dimohon untuk sentiasa merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia dalam isu-isu berkaitan halal.

Terdahulu, Jakim dalam kenyataan media mengesahkan produk 'ham dan cheese' yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur tidak mempunyai sijil Halal dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang sijil halal Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah gunakan logo halal.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan