Malaysia akan tinjau rancangan pertingkat prestasi sukan, jelas PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persiapan ke acara antarabangsa kelak.
Sambil menerima baik pencapaian atlet negara dalam Olimpik Paris 2024, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu adalah bagi meningkatkan pencapaian selari dengan tumpuan negara di depan melalui sukan.
Mengulas lanjut, katanya, pihaknya meminta rakyat Malaysia dan peminat sukan khususnya supaya tidak mengeluh dengan pencapaian wakil negara kerana mereka sudah berusaha.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan dan anak-anak yang terbabit dalam sukan Olimpik, mereka berusaha sebaik mungkin.
"Kami menerima baik keputusan...berhubung harapan dan masa depan mereka, kami akan menyiapkan beberapa kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara.
"Kita harus tumpu ke depan tapi sementara itu, janganlah mengeluh kerana anak-anak olahragawan sudah berusaha sedaya upaya," katanya kepada para wartawan pada Isnin (12 Ogos), dipetik daripada agensi berita BH Online.
Malaysia berjaya memperoleh dua pingat gangsa dalam acara badminton melalui sukan Olimpik Paris 2024.
Pada masa sama, Perdana Menteri itu berkata, semua pihak harus menghargai pengorbanan yang sudah dilakukan atlet sejak lama bagi mengharumkan nama negara.
"Mereka sudah berusaha sedaya upaya mereka dengan pengorbanan yang lama, maka ada yang catat kejayaan, ada yang tidak," katanya, lapor BH Online.
Kontinjen atlet Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat gangsa pada kempen kali ini menerusi acara beregu lelaki diwakili Aaron-Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Zii Jia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.