Malaysia akan timbang tawaran Ocean Infinity cari semula MH370 di lokasi baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang menimbangkan tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari Britain untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Menterinya, Anthony Loke berkata, pencarian itu di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘tidak jumpa, tiada bayaran’.
Menurut Encik Loke, mengikut prinsip ‘tidak jumpa, tiada bayaran’, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat tersebut sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat ditemui.
“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh syarikat Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik yang dirujuk oleh syarikat tersebut.
“Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan menteri bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa (5 Nov).
Encik Loke berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) sama ada kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha mencari pesawat malang itu.
Pada 8 Mac 2014, pesawat MAS yang membawa 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemui.
Encik Loke berkata, tawaran untuk meneruskan operasi pencarian daripada Ocean Infinity dikemukakan kepada kementeriannya pada Jun lalu.
Beliau menegaskan, aspirasi kerajaan untuk mencari bangkai pesawat MH370 tidak akan diabaikan.
“Sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh (credible evidence) diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan. Ini merupakan pendirian yang konsisten oleh Kerajaan Malaysia,” ujarnya lagi.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.