Malaysia akan terbitkan versi pertama garis panduan kerangka kawal selia media sosial hujung tahun 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil. (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Versi pertama garis panduan menyeluruh, perincian keperluan etika dan tanggungjawab berkaitan kerangka kawal selia perkhidmatan pesanan internet dan perkhidmatan media sosial dijangka diterbitkan menjelang 31 Disember ini.
Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil, berkata garis panduan itu bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut keperluan semasa.
"Proses (hasilkan garis panduan) adalah terbuka dan kita ambil maklum banyak platform (media sosial dan pesanan internet), garis panduan ini juga disebut sebagai 'living document' (dokumen yang sentiasa dikemas kini dan disemak semula), boleh berubah dari semasa ke semasa.
"Jadi memandangkan pihak platform juga memiliki garis panduan yang boleh berubah dari semasa ke semasa, kita berhasrat sekurang-kurangnya menjelang 31 Disember 2025 dan bermula 1 Januari 2025, akan ada versi pertama bagi garis panduan tata laku saya maksudkan itu," katanya, lapor agensi berita BH Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada Selasa (6 Ogos).
Pada 27 Julai lalu, kerajaan mengumumkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, langkah itu akan dikuat kuasa 1 Januari depan selepas satu kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet diperkenal 1 Ogos lalu.
Penguatkuasaan itu selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
Encik Fahmi berkata, garis panduan itu akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama semua platform media sosial, perkhidmatan pesanan internet, badan bukan kerajaan (NGO), akademik dan agensi berkaitan.
"Kita akan cuba mengumpulkan pandangan daripada semua pihak, ambil kira aspek keselamatan, sebagai contoh mengambil kira insiden seperti yang berlaku di United Kingdom (UK) sekarang.
"Tetapi keutamaannya adalah kepada tiga jenayah besar yang sedang berlaku iaitu 'scammer', buli siber dan jenayah seksual terutama kepada kanak-kanak," katanya, dipetik daripada BH Online.
Ditanya, jika ada pengendali platform media sosial dan pesanan internet yang sudah memohon untuk dilesenkan, Encik Fahmi berkata, masih belum ada lagi.
"Belum lagi, masih baharu, di pihak MCMC saya difahamkan, mereka perlu putuskan garis masa dalaman termasuk beberapa perkara bila sesi libat urus pertama akan diadakan, meletakkan syarat tambahan sekiranya perlu untuk proses perlesenan itu.
"Kita jangkakan dalam masa beberapa minggu ini, proses itu akan diteruskan dan dimulakan, namun saya percaya semua platform akan memohon untuk dilesenkan menjelang 1 Januari 2025," katanya, menurut BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.