Malaysia akan teliti semula perjanjian pekerja hijrahan demi banteras eksploitasi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan meneliti semula butiran perjanjian ditandatangani dengan 15 negara sumber berkaitan pengambilan pekerja hijrahan bagi memastikan pengagihan tenaga manusia yang lebih baik di sektor tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
“Kita mempunyai cukup pekerja asing di setiap sektor kecuali perladangan, oleh sebab itu kita perlu meneliti semula memorandum persefahaman (MoU),” katanya dalam sidang media, lapor agensi berita Free Malaysia Today.
Encik Saifuddin berkata MoU itu antara lainnya menyentuh mengenai yuran, kos, kontrak dan penjagaan kesihatan.
“MoU adalah dinamik, ia tidak statik. Kita (kementerian) bersetuju untuk meneliti semula butiran perjanjian dengan negara sumber.”
Encik Saifuddin berkata kementerian akan berhubung dengan 15 negara itu sejurus mendapat kelulusan Jemaah Menteri, lapor Free Malaysia Today.
Malaysia ketika ini mengambil pekerja hijrahan dari Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India, dan Indonesia.
Ketika ini, 77 peratus tenaga pekerja hijrahan di negara itu terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan Nepal.
Pada Mac tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata hampir 80 peratus masalah kekurangan tenaga kerja di industri perladangan sudah diselesaikan, dipetik daripada Free Malaysia Today.
Menurutnya, yang ketika itu Menteri Perladangan dan Komoditi, kekurangan tenaga buruh masih lagi menjadi isu di beberapa bahagian di negara ini seperti Sarawak.
Sementara itu, Encik Saifuddin berkata kerajaan juga akan membenarkan majikan untuk memindahkan kuota pekerja hijrahan untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja di sektor seperti perladangan dan pertanian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.