Skip to main content

Dunia

Malaysia akan teliti, jaga hubungan baik dengan Amerika berhubung pencalonan Nick Adams

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia akan teliti, jaga hubungan baik dengan Amerika berhubung pencalonan Nick Adams

Tokoh konservatif Amerika Syarikat Nick Adams, yang dilantik sebagai Duta Amerika ke Malaysia berdepan bantahan dari warga Malaysia. (Gambar: NickAdamsinUS/X)

Diterbitkan : 18 Jul 2025 06:02PM Dikemas Kini : 18 Jul 2025 06:04PM
  • Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berpandangan isu pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia perlu melalui penelitian dan pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.
  • Tegas Anwar Ibrahim, perkara itu akan ditangani dengan sewajarnya, selain pada waktu yang sama memelihara hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika ke Malaysia menerusi platform media sosialnya, Truth Social, pada Khamis (17 Jul).
  • Sungguhpun demikian, latar belakang Nick Adams yang memiliki sentimen Islamofobia dan menyokong rejim Israel menimbulkan bantahan hebat dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat Malaysia.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berpandangan isu pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia perlu melalui penelitian dan pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Tegas beliau, perkara itu akan ditangani dengan sewajarnya, selain pada waktu yang sama memelihara hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Soal Nick Adams itu kita ikut proses, masih terlalu awal (untuk buat sebarang keputusan),” ujar Encik Anwar ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 pada Jumaat (18 Jul).

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika ke Malaysia menerusi platform media sosialnya, Truth Social, pada Khamis (17 Jul).

Encik Trump menyatakan bahawa Encik Adams bukan sahaja seorang nasionalis hebat dan usahawan yang berjaya, tetapi juga seorang penulis buku terkemuka, penceramah, serta pengulas yang dikenali ramai.

Sungguhpun demikian, latar belakang Encik Adams yang memiliki sentimen Islamofobia dan menyokong rejim Israel menimbulkan bantahan hebat dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat Malaysia.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita