Malaysia akan tegaskan pendirian isu Gaza kepada Trump semasa Sidang Puncak ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
PM Malaysia Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Puncak Arab-Islam di Doha, 15 Sep 2025. (Gambar: Bernama)
DOHA: Malaysia akan menggunakan kesempatan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sempena Sidang Puncak ASEAN pada Oktober ini untuk menegaskan pendirian negara itu dalam isu Gaza dan serangan Israel ke atas Qatar.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited untuk membawa suara perpaduan Palestin ke platform serantau itu bagi menarik perhatian pemimpin kuasa besar dunia.
“Pada pertemuan dengan Presiden Trump, kita akan gunakan kesempatan itu untuk mengajak beliau memahami sikap dan pendirian tegas Malaysia dalam usaha mencapai keadilan, termasuk bagi Gaza dan Palestin,” kata Encik Anwar.
Encik Anwar berkata demikian dalam sidang media bersama para wartawan ketika Sidang Puncak Tergempar Arab-Islam di Doha pada Isnin (15 Sep).
Encik Anwar menghadiri sidang puncak tergempar itu atas undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sebagai respons segera terhadap keganasan Israel yang menyerang Doha pada 9 Sep lalu.
'HENTI HUBUNGAN DIPLOMATIK, PERDAGANGAN DENGAN ISRAEL'
Beliau berkata sokongan Malaysia kepada sidang puncak itu membuktikan kemuafakatan negara-negara Islam dan Arab dalam mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel selain menzahirkan perpaduan penuh kepada Qatar.
Awal dari itu, ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang puncak berkenaan, Encik Anwar mendesak tindakan punitif tegas perlu dikenakan terhadap Israel yang tidak berhenti menzalimi rakyat Palestin, selain secara berterusan melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyerang banyak negara.
Mengulas lanjut, Encik Anwar juga menegaskan dunia khususnya negara-negara Arab perlu menghentikan segala hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.
Beliau berkata meskipun banyak negara bangkit menyatakan pendirian dengan tegas, namun gesaan dan kenyataan semata-mata tidak memadai sebaliknya perlu disusuli dengan tindakan tegas.
“Pertama, memutuskan segala hubungan diplomatik sebagaimana telah bermula dalam kalangan beberapa negara Arab dan kedua, menghentikan semua urusan perdagangan dengan Israel.
“Ketiga, menggunakan segala kebijaksanaan diplomatik kita, khususnya dengan negara-negara yang dekat dengan Amerikan Syarikat, supaya mengambil keputusan selari dengan undang-undang antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kehendak kemanusiaan sejagat,” kata beliau.
Encik Anwar turut menegaskan bahawa isu yang dibawa kepada Sidang Puncak Tergempar Arab-Islam kali ini bukan lagi semata-mata mengenai Gaza dan Palestin bahkan turut membabitkan beberapa negara lain yang menjadi sasaran Israel.
“Pertamanya, soal Gaza dan Palestin yang terus-menerus dibantai secara luar biasa. Kedua, ia melibatkan banyak negara seperti Qatar, Syria, Iraq, Iran, Lubnan.
“Ini menunjukkan bahawa dalam dunia hari ini, belum pernah ada sejarah sedemikian rakus dan biadab dilakukan,” tegas Encik Anwar.
Delegasi Encik Anwar disertai oleh Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan Kementerian Luar.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.