Malaysia akan sambung semula pencarian MH370 pada 30 Dis
Pencarian di kawasan laut dalam bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 akan disambung semula pada 30 Disember, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Pencarian di kawasan laut dalam bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 akan disambung semula pada 30 Disember, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kenyataan kementerian itu pada Rabu (3 Dis) memaklumkan Ocean Infinity sudah mengesahkan kepada kerajaan Malaysia bahawa ia akan menyambung semula operasi pencarian dasar laut selama 55 hari, yang akan dilaksanakan secara berselang-seli.
"Operasi pencarian akan memberi tumpuan kepada kawasan sasaran yang dinilai mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk mengesan pesawat itu, selaras dengan perjanjian perkhidmatan yang dmeterai antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025," menurut kenyataan itu.
Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa perkembangan terkini itu menegaskan komitmen kerajaan Malaysia untuk memberikan penutupan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi tersebut.
Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Meskipun operasi pencarian, iaitu antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan, dilakukan secara bersama oleh Malaysia, Australia dan China, pesawat itu gagal dikesan dalam zon pencarian utama di selatan Lautan Hindi.
Sejak itu, beberapa serpihan pesawat yang disahkan atau dipercayai berasal daripada MH370 ditemukan di sepanjang pantai di barat Lautan Hindi termasuk Mozambique, Madagascar dan Pulau Reunion.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.