Malaysia akan putuskan projek HSR KL-SG disambung atau sebaliknya jelang akhir 2024, kata Anthony Loke
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Vincent Tan)
SINGAPURA: Malaysia akan memutuskan pada tahun ini sama ada ia bersedia untuk hidupkan semula projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), sedang ia menyenarai pendek cadangan daripada beberapa konsortium swasta untuk menyokong projek itu, kata seorang pegawai.
Dalam satu temu bual pada Rabu (17 Jul), Menteri Pengangkutan Anthony Loke melahirkan harapan bahawa Kabinet akan membuat keputusan mengenai projek bernilai berbilion dolar itu menjelang akhir suku keempat.
"Sebaik sahaja kami dapat keputusan dasar untuk meneruskan projek rel laju itu, kami akan memulakan rundingan dengan Singapura," katanya, seperti yang dipetik media tempatan.
Encik Loke menambah bahawa kerajaan telah menyenarai pendek tiga daripada tujuh konsortium yang mengemukakan cadangan berikutan permintaan untuk maklumat yang dikeluarkan akhir tahun lalu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama konsortium itu, sekadar mengesahkan bahawa dasar kerajaan adalah untuk menganugerahkan projek HSR kepada kumpulan syarikat yang sekurang-kurangnya 51 peratus dimiliki firma Malaysia.
Pada bulan Mac, platform berita serantau The Edge melaporkan bahawa cadangan berasingan yang diketuai oleh YTL Corp, Berjaya Land Bhd dan China Railway Construction Corporation telah disenarai pendek untuk projek itu.
Berjaya Rail, anak syarikat Berjaya Land, mengumumkan telah menyertai Perbadanan Industri Rel Malaysia (MARIC) sebagai ahli baharu pada Rabu. MARIC terdiri daripada 50 syarikat rel utama dengan tujuan untuk mewujudkan kerjasama swasta-awam dalam membangunkan rangkaian kereta api.
Projek HSR sepanjang 350km, dengan kelajuan sehingga 350km/j, mula-mula dicadangkan pada 2013, disusuli perjanjian yang dimeterai pada Disember 2016 dengan matlamat agar laluan itu beroperasi menjelang 2026.
Bagaimanapun, ia dihentikan selepas beberapa kali tertangguh atas permintaan Malaysia dan akhirnya perjanjian itu luput pada Disember 2020.
Malaysia membayar lebih S$102 juta sebagai pampasan kepada Singapura untuk projek yang ditamatkan itu.
Gagasan untuk menghidupkan semula projek itu semakin mendapat perhatian selepas Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa berikutan pilihan raya 2022 dan lawatannya ke Singapura awal tahun lalu di mana beliau bertemu dengan pemimpin Singapura.
Pada 3 Ogos tahun lepas, Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu Chee Hong Tat berkata di Parlimen bahawa Singapura bersedia untuk membincangkan sebarang cadangan baharu daripada Malaysia mengenai projek HSR KL-SG.
Pada Disember tahun lepas, Sultan Johor, Ibrahim Iskandar, yang menjadi Agong pada Januari, menyokong untuk menghidupkan semula projek itu, mencadangkan ia diselaraskan supaya melintasi Forest City, sebuah pembangunan mega di mana beliau memiliki kepentingan dalam projek tersebut.
HSR menyasarkan untuk mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit daripada lebih empat jam dengan kereta.
Sebagai projek yang dibiayai oleh kerajaan, ia dianggarkan menelan kos sehingga RM100 bilion (S$28.6 bilion). Encik Loke membayangkan kos mungkin lebih rendah bergantung kepada cadangan yang dipilih.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa walaupun kerajaan tidak menolak bantuan, ia tidak berminat untuk menyediakan jaminan kerana kebimbangan meningkat tentang beban hutang negara.
Beliau menambah bahawa HSR akhirnya boleh disambungkan dengan projek lain, termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disokong China bernilai AS$10 bilion, yang akan menghubungkan pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia menjelang akhir 2026, dengan perkhidmatan dijangka dilancarkan pada tahun berikutnya.
Beliau juga berkata sedang membincangkan cadangan dengan Thailand untuk menyambung HSR ke rangkaian relnya, dan seterusnya menghubungkan lebih banyak Asia Tenggara ke China melalui kereta api.
“Saya pasti kami boleh terus meyakinkan rakan sejawatan kami dari Thailand, Laos untuk mengambil bahagian dalam keseluruhan projek ini,” katanya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.