Skip to main content

Dunia

Malaysia akan perkukuh khidmat sokongan sosial susuli kes bunuh keluarga

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Nancy Shukri berkata Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) akan diperkasakan lagi bagi membantu individu yang menghadapi tekanan perasaan, lapor BH Online.
Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia akan perkukuh khidmat sokongan sosial susuli kes bunuh keluarga
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan lokasi di Cherating Damai, Kuantan berikutan insiden bunuh diri dan pembunuhan melibatkan lima sekeluarga pada 17 Februari 2026. (Gambar: Facebook/Geng Keselamatan Negara)
Diterbitkan : 19 Feb 2026 10:10PM
  • Nancy Shukri mengumumkan PSSS akan diperkasakan untuk membantu individu yang mengalami tekanan perasaan, susulan tragedi lima sekeluarga di Kuantan.
  • Tragedi tersebut dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan akibat tiada pekerjaan dan masih dalam siasatan polis.
  • Sejak Oktober 2021 hingga Disember 2025, PSSS telah menyelesaikan 156,033 kes, kebanyakannya berkaitan tekanan perasaan.
  • KPWKM akan memperhebatkan promosi PSSS dan menyeru masyarakat supaya lebih peka serta melaporkan kes gangguan fikiran untuk bantuan profesional.
Dijana oleh AI
KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Nancy Shukri berkata Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) akan diperkasakan lagi bagi membantu individu yang menghadapi tekanan perasaan, lapor BH Online.

Sambil menzahirkan rasa sedih dengan tragedi menimpa lima sekeluarga di Kuantan, Pahang, pada Selasa (17 Feb), beliau berkata, tragedi yang dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan amat mendukacitakan.

Beliau berkata, kejadian pembunuhan ahli keluarga juga semakin membimbangkan dengan sekurang-kurangnya enam kes hari ini.

"Memang amat mendukacitakan apabila setiap kali berlaku kes pembunuhan ibu, isteri, anak atau suami.

"Kes di Kuantan ini masih dalam siasatan lanjut pihak polis, tetapi kami dimaklumkan tekanan perasaan kerana tiada pekerjaan mungkin punca kejadian itu.

"Ekoran banyak kes yang berlaku akibat gangguan fikiran, kini menjadi keperluan mendesak bagi kami untuk bergerak membawa perkhidmatan kaunseling menerusi PSSS ini dengan lebih meluas.

"Kami akan memperhebatkan promosi PSSS supaya menjadi tempat untuk menyampaikan maklumat mereka yang terganggu fikiran, selain meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka dengan keadaan jiran atau orang sekeliling," kata beliau, seperti yang dipetik BH Online.

Cik Nancy berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ihya Ramadan 2026/1447H di Masjid Darul Hana Petra Jaya, di Kuching, pada Rabu malam (18 Feb).

Cik Nancy berkata, sejak Oktober 2021 hingga Disember 2025, sebanyak 156,033 kes klien disantuni dan diselesaikan melalui PSSS dengan sebahagian besarnya mengalami tekanan perasaan, lapor BH Online.

"Kepekaan kita terhadap mereka yang sedang berdepan tekanan perasaan sama ada memberi nasihat atau melaporkan supaya ada pihak profesional termasuk kaunselor dapat membantu," kata beliau.

Media pada Selasa melaporkan lima sekeluarga ditemui meninggal dunia di kawasan perumahan Cherating Damai, Kuantan kira-kira pukul 7.00 pagi, membabitkan kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun, ibu bapa mereka yang berusia 32 dan 28 tahun serta nenek mereka yang berumur 55 tahun.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita