Malaysia akan laksana semula program latihan khidmat negara, namun hanya selama 45 hari
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Hasan. (Gambar: Bernama)
PETALING JAYA: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya.
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Hasan berkata, antara pebezaannya, peserta PLKN akan menjalani latihan di 13 kem tentera Wataniah untuk latihan 45 hari.
Menurut beliau, dengan 13 kem yang tersedia itu, ia mampu menampung kapasiti pelatih sehingga 4,000 orang pada satu sesi, lapor agensi berita Utusan Malaysia.
“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.
“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem,” kata beliau pada sesi menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di Dewan Rakyat pada Selasa (10 Okt), dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.