Malaysia Airlines umum penerbangan langsung ke Paris mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: France in Malaysia/X
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan melancarkan penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, bermula 22 Mac 2025.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Izham Ismail berkata perkembangan itu penting dalam usaha mengembangkan syarikat penerbangan itu ke Eropah.
“Dengan penambahan laluan ini ke dalam rangkaian Malaysia Airlines, kami akan menjadi syarikat penerbangan utama yang memulakan perkhidmatan terus dari pangkalan kami di Kuala Lumpur ke sebuah bandar di Eropah.
“Ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya,” katanya di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024, lapor agensi berita Astro Awani.
Beliau berkata laluan tersebut akan menggunakan pesawat A350-900, menjanjikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia.
Tambah beliau, laluan itu merupakan destinasi ke-68 Malaysia Airlines, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.