Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia Airlines akan kekalkan identitinya jika dijual: Mahathir

Kerajaan Malaysia ingin menjual Malaysia Airlines, tetapi identitinya sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan dikekalkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines akan kekalkan identitinya jika dijual: Mahathir

Gambar hiasan pesawat Malaysia Airlines. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 02:13PM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 02:18PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia ingin menjual Malaysia Airlines, tetapi identitinya sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan dikekalkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan sudah membuat banyak perubahan terhadap Malaysia Airlines, tetapi setiap kali ia masih gagal.

"Jadi, kali ini, kita perlu lebih berhati-hati dalam langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan Malaysia Airlines.

"Ia bukan sekadar perubahan pengurusan, banyak perkara lain yang salah berkaitan syarikat penerbangan itu yang perlu diperbetulkan," katanya kepada pemberita di luar Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di sini, hari ini (25 Jun).

Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan oleh dua veteran Malaysia Airlines, termasuk bekas matan Ketua Pegawai Eksekutif, untuk mengubah pengurusan syarikat penerbangan itu selepas kegagalannya bagi tahun kelima untuk mencapai kedudukan dalam 20 teratas dalam kaji selidik antarabangsa mengenai syarikat penerbangan.

Mereka berkata Malaysia Airlines, yang turun dua tangga daripada tempat ke-36 dalam kaji selidik 100 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia tahunan Skytrax, sudah kehilangan kelasnya.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) juga menggesa pengurusan Malaysia Airlines untuk berundur menyusuli berita bahawa syarikat penerbangan nasional itu gagal mencapai tempat dalam kalangan 20 teratas dalam kaji selidik 100 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk tempoh lima tahun.

Malaysia Airlines tidak tersenarai dalam 20 tempat teratas sejak 2014 selepas menduduki tempat ke-18, turun dari tempat ke-24 pada 2015 kepada ke-34 pada 2016, menduduki tempat ke-31 pada 2017 dan sekali lagi tempat ke-34 pada tahun lepas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan