Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaria dan penyakit tular dengan cepat di Pakistan yang dilanda banjir

Anggaran Waktu Membaca:
KARACHI: Jumlah kematian akibat malaria dan penyakit lain di wilayah yang terjejas oleh banjir di Pakistan sudah mencecah 324. Perangkaan itu dilaporkan pihak berkuasa pada Rabu (21 Sep).

Pelakon Angelina Jolie berkata beliau risau ramai yang ditemui dalam lawatannya itu ke kawasan-kawasan yang terjejas, berkemungkinan tidak dapat bertahan jika tiada lebih banyak bantuan yang tiba.

Pihak berkuasa dan pasukan bantuan berkata bantuan segera diperlukan untuk keluarga yang dipindahkan kerana terdedah kepada nyamuk serta bahaya lain seperti ular dan gigitan anjing.

Meskipun usaha daripada pihak pemerintah serta organisasi bantuan tempatan dan luar negara, ramai mangsa masih memerlukan makanan, perlindungan, bantuan perubatan dan ubat-ubatan.

Dengan sistem kesihatan Pakistan yang lemah dan kekurangan sokongan, keluarga-keluarga yang dipindahkan mengadu dipaksa masak dan minum menggunakan air tercemar.

PENULARAN PENYAKIT DENGAN CEPAT

Kerajaan wilayah Sindh menyatakan kemudahan kesihatan dan kem bergerak di kawasan banjir telah merawat lebih 78,000 pesakit dalam tempoh 24 jam yang lalu dan lebih dua juta pesakit sejak 1 Julai. Menurut mereka, enam mangsa terkorban.

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga telah mengesahkan 665 kes baru malaria dalam kalangan penduduk yang dipindahkan dalam tempoh waktu yang sama, dengan 9,201 kes disyaki.

Lebih suku daripada 19,000 pesakit yang diperiksa dalam tempoh 24 jam yang lalu disahkan positif, dengan jumlah keseluruhan 4,876 kes.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pakistan menyatakan bahawa kes malaria, demam dan cirit-birit sedang menular. Sebanyak 44,000 kes malaria dilaporkan minggu ini di wilayah selatan negara itu.

Kematian disebabkan jangkitan tidak dikira dalam kalangan 1,569 mangsa yang terkorban dalam banjir kilat termasuk 555 kanak-kanak dan 320 wanita, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Rabu (21 Sep).
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan