Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maklumat salah tular buatkan ramai tidak percaya faedah vaksin

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNICEF pada Jumaat (28 Jun) memberi amaran berhubung penularan maklumat yang salah mengenai vaksin 

Anggaran Waktu Membaca:
Maklumat salah tular buatkan ramai tidak percaya faedah vaksin

(Gambar: Johannes Eisele/AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 05:41PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 05:45PM

PBB, NEW YORK: Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNICEF pada Jumaat (28 Jun) memberi amaran berhubung penularan maklumat yang salah mengenai vaksin dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menangani masalah itu secara bersama, lapor agensi berita Xinhua.

Semakin ramai tidak percaya akan suntikan vaksin lantaran itu, Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore berkata salah faham tersebut perlu segera diatasi kerana selama ini, suntikan vaksin imunisasi berjaya mengurangkan antara dua hingga tiga juta kematian setiap tahun. Beliau memetik anggaran itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengakui vaksin imunisasi sebagai antara kemajuan dalam kesihatan awam, Cik Fore berkata masih terdapat kira-kira 20 juta bayi tidak menerima faedah itu setiap tahun.

"Ia bukan sahaja menyebabkan kanak-kanak itu berdepan risiko dijangkiti penyakit malah masyarakat dan negara juga terdedah ancaman wabak," katanya.

Maklumat salah mengenai vaksin tersebar dengan pantas terutamanya menerusi online lantas menyebabkan lebih ramai ibu bapa keliru dan tidak pasti apa yang sebenarnya perlu dilakukan. 

Merujuk kepada peningkatan kes campak di seluruh dunia, Cik Foe berkata: "Ia tidak boleh dibenarkan terus berleluasa kerana boleh membantutkan usaha mencegah penularan penyakit ini."

Justeru, beliau menyeru syarikat teknologi untuk lebih banyak mempromosikan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan terbukti secara saintifik berkaitan vaksin.

Perkembangan terbaru tentang salah fahaman mengenai suntikan vaksin mendorong UNICEF untuk melancarkan kempen media sosial baru pada April lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa "vaksin adalah selamat dan boleh menyelamatkan nyawa". 

Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa