Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makluman khas kepada pengendali pesawat 737 MAX susuli siasatan awal nahas Lion Air

Syarikat Boeing Co merancang untuk mengeluarkan makluman kepada para pengendali pesawat 737 MAX hari ini (7 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2018 02:21PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 09:12PM

WASHINGTON: Syarikat Boeing Co merancang untuk mengeluarkan makluman kepada para pengendali pesawat 737 MAX hari ini (7 Nov).

Ini bagi memberi amaran bahawa bacaan sistem pemantau penerbangan yang salah boleh menyebabkan pesawat menjunam secara drastik, kata seorang individu yang diberi taklimat mengenai perkara tersebut.

Amaran itu adalah berdasarkan maklumat awal yang dikumpulkan semasa siasatan dijalankan terhadap nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas ke dalam laut di Indonesia pada minggu lalu, kata beliau kepada agensi berita Reuters.

Kesemua 189 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan terkorban akibat nahas tersebut.

Pada Selasa, Bloomberg News sudah melaporkan mengenai amaran yang bakal dikeluarkan itu, sambil menyatakan bahawa syarikat itu akan memaklumkan para juruterbang supaya mematuhi prosedur-prosedur sedia ada bagi menangani isu tersebut.

Boeing bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan