Skip to main content

Dunia

Makkah, Madinah siap sedia untuk hadapi hujan lebih lebat

Pasukan Pertahanan Awam Makkah melaksanakan langkah-langkah untuk menangani hujan lebat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Makkah, Madinah siap sedia untuk hadapi hujan lebih lebat

(Gambar: Ahmad Al-Rubaye/AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2019 08:31PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 08:33PM

JEDDAH: Pasukan Pertahanan Awam Makkah melaksanakan langkah-langkah untuk menangani hujan lebat. Pasukan keselamatan dan rondaan serta peralatan sokongan dikerahkan ke merata kawasan bandar suci itu.

Jurucakap bagi Ketua Pengarah Pasukan Pertahanan Awam Makkah, Mejar Nayef Al-Shareef, berkata menyusuli hujan lebat di Makkah pada Sabtu, pentadbiran sudah memberitahu pihak berkuasa berkenaan untuk memantau situasi tersebut.

Pasukan Pertahanan menjangkakan lebih banyak hujan akan berlaku, tetapi mengesahkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Mejar Nayef menasihati warga dan para penduduk supaya berhati-hati, hindari kawasan sungai dan kolam air, serta menjauhi kawasan air semasa cuaca ribut, dan mengambil kira lebih banyak hujan pada masa akan datang.

Sementara itu, semua jabatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sudah mempergiatkan usaha masing-masing dengan para pegawai keselamatan dan para sukarelawan menawarkan khidmat yang diperlukan sekiranya berlaku banjir.

Mereka juga sibuk membersihkan dan mengeringkan tempat masuk masjid dan pekarangannya serta mengagihkan makanan berbuka puasa.

Jabatan Meteorologi dan Sekitaran pada Sabtu mengeluarkan notis peringatan - kerana menjangkakan lebih banyak hujan lebat berserta guruh akan berlaku di Madinah, Jazan, Najran, Yanbu, wilayah Asir dan Al-Baha serta kawasan kejiranan berdekatan.   

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita