Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makkah diramal hujan jelang minggu akhir Ramadan

Makkah diramal berdepan cuaca hujan pada beberapa hari terakhir Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Makkah diramal berdepan cuaca hujan pada beberapa hari terakhir Ramadan ini.

Menurut laman AccuWeather, Tanah Haram diramal berdepan dengan ribut pada tengah hari ini (2 Apr) dan esok (3 Apr) serta pada Sabtu depan (6 April).

Sebelum ini, laman X AlEkhbariyaTV melaporkan hujan turun di Masjidil Haram pada Isnin (1 April).

Video berkenaan turut dikongsikan laman X milik HaramainInfo.

Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah yang diramal hujan pada hari ini dan esok.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi terdahulu melaporkan seramai lapan juta jemaah menunaikan umrah pada dua minggu pertama Ramadan.

Sebagai langkah mengatasi kesesakan di Masjidil Haram, Kerajaan Arab Saudi juga memaklumkan jemaah hanya dibenarkan melakukan ibadah umrah sekali sahaja sepanjang Ramadan ini.

Ia juga bagi memastikan semua jemaah mempunyai peluang untuk menunaikan ibadah berkenaan sepanjang berada di Tanah Haram.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan