Makkah alami fenomena penjajaran bulan di atas Kaabah pada 28 Feb
JEDDAH: Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada Sabtu (28 Feb) malam, apabila bulan akan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah.
Demikian menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Ketua Persatuan Astronomi Jeddah Majid Abu Zahra berkata ketika momen penjajaran itu, bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer dari Bumi dengan pencahayaan 91 peratus.
Ini bertepatan dengan kedudukannya yang sejajar dengan gugusan bintang Al-Nathra dalam buruj Cancer.
Fenomena cakerawala ini membolehkan pemerhati di seluruh dunia menentukan arah kiblat dengan tepat hanya dengan melihat ke arah bulan pada waktu ia melintasi meridian Makkah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.