Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makhamah Agung Saudi tarik balik keputusan; arah bicara semula kes kren tumbang di Masjidil Haram

Mahkamah Agung Arab Saudi menarik balik keputusan membebaskan 13 tertuduh dalam kes kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Makhamah Agung Saudi tarik balik keputusan; arah bicara semula kes kren tumbang di Masjidil Haram

Masjidil Haram. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2022 04:01PM Dikemas Kini : 25 Jul 2022 04:03PM
JEDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi menarik balik keputusan membebaskan 13 tertuduh dalam kes kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015.

Menurut laporan Saudi Gazette, mereka yang tertuduh sebaliknya diarahkan agar dibicarakan semula.

Tujuh tahun lalu, 108 orang maut dan lagi 238 orang cedera selepas sebuah kren yang digunakan untuk projek perluasan Masjidil Haram, tumbang pada 11 September 2015.

Pada 2021, mahkamah rayuan Saudi sudah mempertahankan keputusan membebaskan kesemua 13 tertuduh dalam kes tersebut, termasuk syarikat kumpulan Bin Laden.

Ini atas alasan tiada bukti baru yang ditemui.

Sebaliknya, mahkamah Saudi mendapati hujan lebat serta ribut kuat yang menyebabkan kemalangan itu dan bukan kesilapan manusia.

Tetapi kini, mahkamah agung Saudi memutuskan kes tersebut harus diteliti semula dan tiada hakim yang terlibat dalam kes itu sebelum ini, patut ditugaskan semula.

Mahkamah itu juga menarik perhatian, beberapa pekerja terlibat sudah mengendalikan kren terbabit tanpa kemahiran yang diperlukan.
Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan