Makam purba di Mesir dibuka kepada awam buat kali pertama
Di Mesir sebuah makam purba dibuka kepada orang awam buat kali pertama, selepas tapak tersebut dibaik pulih.
MESIR: Di Mesir sebuah makam purba dibuka kepada orang awam buat kali pertama, selepas tapak tersebut dibaik pulih.
Makam itu berasal dari Dinasti Keenam dan berusia sekitar 4,300 tahun.
Ia dipercayai milik seorang pegawai kanan kerajaan, dikenali sebagai 'Mehu' yang juga seorang ketua hakim dan pengarah istana.
Makam beliau mempunyai koridor panjang dan sempit, serta enam kamar.
Dindingnya pula dihiasi lukisan purba dan salah satunya memaparkan kisah perkahwinan antara dua buaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.