Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Ulama Saudi seru Taliban tarik balik keputusan halang wanita lanjut pengajian ke universiti

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Ulama Saudi seru Taliban tarik balik keputusan halang wanita lanjut pengajian ke universiti

Sebuah kelas yang sebelum ini digunakan untuk pelajar perempuan didapati kosong, di Kabul, Afghanistan, pada 22 Disember 2022. (Gambar: AP)

RIYADH: Majlis Ulama Arab Saudi menggesa pemerintah Afghanistan pimpinan Taliban agar menggugurkan keputusan yang menghalang wanita daripada menuntut di universiti.

Majlis Ulama Arab Saudi menyifatkan tindakan yang menafikan hak wanita terhadap pendidikan sebagai bercanggah dengan prinsip dan syariah Islam, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). 

"Majlis itu menjelaskan bahawa Islam memelihara hak dan kewajipan setiap manusia, lelaki serta perempuan, dan mengulangi bahawa Islam, dengan ketetapan dan perundangannya, memelihara hak wanita di sisi undang-undang dan membenarkan mereka menikmati hak memelihara kemanusiaan, maruah, kepimpinan dan kemakmuran.

"Majlis itu juga menyatakan bahawa yang paling utama di antara hak yang dipelihara oleh Islam untuk wanita adalah hak untuk pendidikan kerana Al-Quran menggesa dan menggalakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita," menurut SPA.

Awal dari itu pada Rabu (21 Dis), media melaporkan Taliban melarang pelajar perempuan daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.

Berdasarkan surat yang dikongsikan jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Ziaullah Hashmi, universiti swasta dan awam perlu melaksanakan larangan itu secepat mungkin serta memaklumkan kepada kementerian sebaik larangan itu dilaksanakan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan