Majlis perkahwinan di Indonesia ini senarai jumlah kalori setiap hidangan bantu tetamu kawal pemakanan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: farchuuu/TikTok
JAKARTA: Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang menyenaraikan jumlah kalori bagi setiap makanan yang dihidangkan kepada tetamu.
Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menghadiri majlis tersebut dalam akaun TikToknya @farchuuu.

Majlis itu diadakan oleh seorang pakar pemakanan yang menyenaraikan setiap kalori supaya tetamu boleh mengawal pengambilan kalori yang diperlukan.
Bagaimanapun, wanita itu kelihatan bersemangat menikmati hidangan. Dia menunjukkan papan tanda yang menerangkan jumlah kalori setiap makanan.
“Ais Krim Chocolava ±335 kilo kalori kcal/bahagian,” tulis salah satu papan tanda dalam video tersebut, menurut Kosmo Online, memetik SindoNews.
Video itu mendapat perhatian warga net di ruangan komen.
“Tetamu jurusan farmaseutikal, setiap menu ada dosnya,” komen seorang netizen.
“Tetamu jurusan ekonomi, setiap menu ada harganya,” komen netizen lain.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.