Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Perbandaran Makkah ambil 22,000 pekerja bantu tingkatkan perkhidmatan haji

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Perbandaran Makkah ambil 22,000 pekerja bantu tingkatkan perkhidmatan haji

(Gambar: Saudi Press Agency)

Diterbitkan : 29 May 2023 11:48AM Dikemas Kini : 29 May 2023 12:23PM
RIYADH: Majlis Perbandaran Makkah sudah selesai melakukan persiapan bagi musim Haji akan datang, termasuk menggajikan 22,000 pekerja untuk meningkatkan perkhidmatan kepada para jemaah.

Jurucakap Osama Zaituni berkata bahawa majlis perbandaran itu sudah mengerahkan semua kapasiti kakitangan dan teknikalnya, lapor Arab News.

Ia turut disokong oleh pasukan-pasukan bantuan termasuk keselamatan awam dan pengakap, alat pemantau kesihatan sementara serta armada besar peralatan dan jentera bagi menawarkan tahap perkhidmatan tertinggi oleh majlis perbandaran kepada para jemaah haji.

Encik Zaituni menambah bahawa majlis perbandaran itu sudah menyediakan 13 perbandaran kecil dan tiga perbandaran subsidiari, selain 28 pusat perkhidmatan di Makkah, yang terletak secara strategik mengikut geografi untuk meliputi seluruh kawasan tapak suci.

Ini di samping menyediakan semua peralatan dan tenaga manusia yang diperlukan, sementara pengambilan 22,000 kakitangan itu pula meliputi semua bidang.

Sementara itu, Direktorat Am Pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah menerima kumpulan jemaah haji pertama dari Nigeria pada Sabtu (27 Mei), menurut laporan Arab News.

Satu lagi penerbangan yang membawa jemaah haji dari Iran mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.

Pihak direktorat itu menyatakan kesediaannya untuk menguruskan secara berkesan prosedur-prosedur di lapangan terbang, sempadan barat dan pelabuhan laut bagi para jemaah semasa musim haji.

Ia juga menegaskan komitmennya untuk memanfaatkan semua sumber yang tersedia bagi memudahkan proses kemasukan jemaah, termasuk penggunaan peranti terkini dan canggih di pelabuhan supaya dapat memperhalusi operasi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan