Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Pemulihan Negara saran sempadan M'sia dibuka sepenuhnya 1 Mac

Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Namun demikian Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata, ujian COVID-19 perlu dilakukan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara.

Menurutnya lagi, MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud baru-baru ini.

"Maka MPN bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

"Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kedua pada Selasa (8 Feb).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan antarabangsa itu adalah terpakai kepada semua negara.

"Menteri Kesihatan (Khairy) bagi tahu tadi dalam taklimat kalau kita nak pilih negara, Omicron dah ada dalam seluruh negara dan masyarakat. Jadi tak boleh memilih.

"Tapi mungkin akan ada maklumat lanjut yang akan diumumkan Kementerian Kesihatan nanti. Saya hanya mengumumkan keputusan MPN," jelasnya.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu keputusan yang baik dalam merancakkan semula pemulihan sistem ekonomi negara.

"Berdasarkan taklimat menteri (kesihatan) tadi, nampak sistem kesihatan awam kita masih mampu untuk menguruskan kerana kita sudah ada banyak pengalaman, baik dari segi katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan doktor.

"Meskipun kes meningkat, kapasiti yang ada masih boleh menampung," ujarnya lagi.

Dengan ini, katanya lagi, ia akan membantu industri-industri yang bergantung kepada pelancongan untuk membangun semula.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan