Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Keselamatan PBB runding isu Kashmir atas permintaan China

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berhimpun pada Selasa (17 Dis) atas permintaan China, untuk membincangkan keadaan di wilayah dipertikai Jammu dan Kashmir di India, menurut para diplomat.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Keselamatan PBB runding isu Kashmir atas permintaan China

India mengenakan sekatan ke atas penduduk Kashmir menyusuli pelutucan autonomi wilayah itu (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 12:51PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 12:59PM

PBB: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berhimpun pada Selasa (17 Dis) atas permintaan China, untuk membincangkan keadaan di wilayah dipertikai Jammu dan Kashmir di India, menurut para diplomat.

Majlis tersebut akan bertemu secara tertutup buat pertama kali sejak satu perbincangan serupa diadakan pada Ogos, juga atas permintaan sekutu Pakistan, China, setelah India melucutkan status autonomi wilayah itu yang dinikmatinya selama berdekad-dekad di bawah perlembagaan India.

Dalam sepucuk surat kepada Majlis Keselamatan pada 12 Disember, Menteri Luar Pakistan Shah Mahmood Qureshi menyuarakan keprihatinan bahawa ketegangan akan semakin meningkat.

"Memandangkan betapa serius situasi dan risiko ketegangan terus memuncak, China ingin menyokong permintaan Pakistan, dan memohon taklimat bersama Majlis (Keselamatan) ... berhubung situasi di Jammu dan Kashmir," kata wakil China ke PBB dalam satu nota kepada para anggota majlis.

Para diplomat yang enggan identiti mereka didedahkan, mengesahkan kepada Reuters bahawa mesyuarat itu dijadualkan diadakan pada Selasa.

Rantau Himalaya itu sudah sekian lama menjadi satu isu pertikaian sensitif antara negara-negara berjiran yang mempunyai keupayaan nuklear, India dan Pakistan. Kedua-dua pihak menuntut hak ke atas keseluruhan Kashmir tetapi masing-masing mentadbir sebahagian wilayah itu.

Para pengawal keamanan PBB dikerahkan sejak 1949 untuk memantau genjatan senjata antara India dengan Pakistan di Jammu dan Kashmir.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan