Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Keselamatan PBB kecam serangan bom di masjid Pakistan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad (6 Mac) mengecam "sekeras-kerasnya" insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lalu yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:

KARACHI: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad (6 Mac) mengecam "sekeras-kerasnya" insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lalu yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, kumpulan pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan