Skip to main content

Dunia

Majlis Keselamatan PBB adakan sesi tamatkan perang di Carikan Gaza, Lubnan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin (18 Nov) mengenai situasi di Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin (18 Nov) mengenai situasi di Timur Tengah.

Sesi taklimat itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Luar Britain David Lammy.

Menurut Britain dalam nota konsepnya, sesi itu akan memberi tumpuan kepada usaha menamatkan perang di Carikan Gaza dan Lubnan.

Ini di samping memastikan ketenangan serantau yang lebih meluas melalui penamatan konflik.

Kementerian kesihatan di Gaza pada Sabtu (16 Nov) melaporkan angka kematian hampir mencecah 43,800 orang dalam peperangan yang sudah berlarutan selama lebih 13 bulan di sana.

Sebanyak 35 kematian dicatat dalam tempoh 24 jam lalu manakala jumlah penduduk yang cedera sudah melepasi 103,600 orang.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita