Skip to main content

Dunia

Majlis Kesatuan Eropah dijangka luluskan FTA EU-S'pura Oktober ini

Majlis Kesatuan Eropah (EU) dijangka meluluskan Perjanjian Dagangan Bebas EU-Singapura seawal bulan Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Sep 2019 05:32PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:53PM

BRUSSELS: Majlis Kesatuan Eropah (EU) dijangka meluluskan Perjanjian Dagangan Bebas EU-Singapura seawal bulan Oktober ini.

Perkara itu menjadi pokok perbincangan Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Dagangan, S Iswaran dengan para pemimpin EU semasa lawatannya ke Brussels.

Menggulung lawatannya selama tiga hari ke Brussels, Encik Iswaran bertemu Pesuruhjaya EU bagi perdagangan dan kedua-dua pihak komited untuk menjalin hubungan serantau yang lebih rapat.

Perjanjian FTA mula diusahakan hampir sedekad lalu.

"Kita sudah bekerja lama bersama, dengan menteri dan pasukannya, tentu juga dengan pemerintah.

"Dan ini sesuatu yang sememangnya meningkatkan hubungan dagangan antara kedua-dua pihak, tetapi juta ia merintis jalan bagi kerjasama lebih rapat dalam banyak bidang lain, dan itulah kelebihan perjanjian-perjanjian dagangan - ia menyatukan bukan sahaja syarikat-syarikat, tetapi juga rakyat," menurut Pesuruhjaya Dagangan Kesatuan Eropah, Cecilia Malmstrom.

Meskipun banyak cabaran yang dihadapi EU termasuk masalah ekonomi dan pengangguran, Duta Besar Singapura ke EU, Jaya Ratnam yakin, Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) akan memanfaatkan kedua-dua rantau.

Selain FTA, Singapura juga berminat untuk menjalin kerjasama dalam bidang digital.

"Dalam konteks ekonomi digital kita perlu mengenal pasti bagaimana kita boleh memudahkan aliran maklumat, data dan juga menyokong infrastruktur digital yang lain. Ini agar perhubungan perniagaan kini boleh dijalankan menerusi wadah-wadah online. Ini boleh dipermudahkan," Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Dagangan, S Iswaran.

FTA dengan Singapura juga diharapkan menjadi titik permulaan ke rantau ASEAN. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita