Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Kerja Tertinggi UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan gesa undi calon DAP dalam PRN

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Kerja Tertinggi UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan gesa undi calon DAP dalam PRN

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terima penjelasan ahlinya, Ahmad Maslan, mengenai gesaan agar parti itu mengundi calon DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ahli MKT UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini kerana partinya ingin mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.

"Ahmad beri penjelasan bahawa sebenarnya ialah supaya menyokong calon Kerajaan Perpaduan. Itu sahaja.

"Dia tiada sebut pasal DAP pun. Jadi kita terimalah penjelasan itu. Kita nak Kerajaan Perpaduan kekal hingga cukup penggal," katanya selepas menghadiri mesyuarat MKT di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada sebelah malam Jumaat (26 Mei), lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Encik Ahmad dilaporkan berkata pengundi UMNO diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Tambah Encik Ahmad, dipetik daripada Sinar Harian, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan