Skip to main content

Dunia

Majlis kahwin di Surabaya ini tular gara-gara diadakan di tepi landasan kereta api

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur, menjadi tular kerana diadakan di tepi landasan kereta api sehingga menyukarkan pergerakan kereta api, lapor portal berita Wolipop pada Khamis (6 Jul).

Dalam video mengenainya yang dimuat naik ke laman TikTok, kelihatan meja dan kerusi dihias dengan kain lapik berwarna merah jambu disusun di bahagian tepi landasan.

Tetamu undangan dilihat leka menikmati makanan dengan pelamin turut dihias di tepi landasan.

Dalam masa sama, jurugambar berdiri di seberang landasan untuk merakamkan gambar mempelai, menurut Wolipop.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta api menghampiri kawasan berkenaan dengan kelajuan perlahan bagi memastikan keselamatan tetamu majlis.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada warga net.

“Inilah yang dikatakan sila pandu perlahan,” kata seorang netizen.

“Dekat dengan rumah saya. Memang selalunya kalau ada majlis, kereta api akan diperlahankan,” kata pengguna lain seperti dipetik Wolipop.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita