Skip to main content

Dunia

Majlis kahwin di Perak ini buat netizen kagum

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Terdapat banyak majlis perkahwinan yang diadakan pada bulan Syawal ini menjadikannya sangat meriah.

Sudah semestinya pelbagai tarikan yang ada untuk membuatkan majlis itu lebih riuh rendah dan seronok. Antara acara yang boleh dibuat adalah persembahan silat yang merupakan salah satu tradisi Melayu dan boleh disaksikan ketika majlis bersanding.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga sedang bersilat di majlis kahwin, menurut Says MY.

Menerusi video yang dimuat naik oleh liyanaaa21_ di TikTok, kelihatan sebuah pasangan sedang bersilat di majlis kahwin sambil ditonton oleh pasangan pengantin.

Ia kemudian disambung lagi dengan kemunculan sekumpulan lelaki berbaju Melayu dan wanita berbaju kurung berwarna kuning berarak masuk untuk bersilat yang turut disertai oleh pengantin lelaki.

Difahamkan, majlis persandingan tersebut merupakan majlis anak kepada pasangan suami isteri berkenaan dan mereka yang berarak masuk adalah ahli keluarga kepada pengantin lelaki, lapor Says MY.

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah lebih 1.6 juta tontonan, 150,000 tanda suka dan 2,034 komen di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kemahiran bersilat ahli keluarga ini dan bangga kerana tradisi Melayu yang masih dikekalkan.

"Wah terbaik, seronok pula tengok satu famili belajar silat macam ni," tulis seorang netizen.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita