Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Bandaraya Shah Alam peruntuk RM150 juta bagi kerja naik taraf elak banjir

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak RM150 juta (S$48 juta) untuk tempoh tiga tahun bagi menaik taraf sistem perparitan utama dan kolam takungan di kawasan perbandaran itu bagi langkah menangani masalah banjir. 

Datuk Bandar Shah Alam Zamani Ahmad Mansor berkata untuk tahun pertama sebanyak RM50 juta (S$16 juta) dari jumlah peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan dan kolam takungan di kawasan yang sering dilanda banjir.

“Pada tahun ini, kami akan memberi dahulu tumpuan di kawasan seperti Taman Sri Muda; Seksyen 13; Taman Mesra dan Taman Tun Dr Ismail Jaya untuk dinaik taraf sistem perparitan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi townhall bagi Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam bagi tahun 2022-2024 pada Khamis (14 Apr). 

Encik Zamani Ahmad berkata kawasan Shah Alam memerlukan sekurang-kurangnya reka bentuk 50 tahun kala purata ulangan (ARI) kerana sistem perparitan yang ada sekarang hanya menampung kapasiti dari lima ke 20 ARI dan tidak lagi sesuai ekoran peningkatan taburan hujan yang tidak menentu. 

Selain itu katanya lagi, bagi hala tuju Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam, pihaknya juga akan mengambil kira kerja-kerja menaik taraf kolam takungan agar mampu menampung air sehingga 100 ARI.

“MBSA juga merancang untuk menyediakan struktur tebatan banjir yang mampu mengawal situasi banjir luar biasa dan menyokong sistem tebatan banjir yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan