Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis bandaran Makkah luluskan 195 penyedia makanan bagi Haji 2022

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Sebagai persiapan bagi Haji 2022, majlis bandaran Makkah meluluskan 195 syarikat, institusi dan pemilik dapur yang menawarkan khidmat penyediaan makanan, lapor Saudi Gazette. 

Majlis bandaran tersebut menyatakan khidmat penyediaan makanan yang diluluskan boleh menyediakan sehingga 4.8 juta sajian setiap hari. 

Jurucakap rasmi bagi majlis bandaran Makkah, Osama Al-Zaytouni, mengesahkan bahawa majlis bandaran itu mengambil khidmat beberapa syarikat besar yang berpotensi tinggi dalam bidang pemakanan. 

Majlis bandaran itu juga sudah menyediakan program-program untuk penyedia makanan bagi Haji berdasarkan piawai dan syarat pensijilan dan klasifikasi yang diluluskan, menurut Saudi Gazette. 

Encik Al-Zaytouni berkata bahawa majlis bandaran itu sudah menubuhkan beberapa kumpulan yang dianggotai 101 pekerja untuk memantau khidmat penyediaan makanan yang akan disajikan kepada jemaah Haji. 

Beliau menarik perhatian bahawa kumpulan-kumpulan itu dianggotai oleh pemantau, juruteknik dan pakar makmal. 

Mereka akan melakukan lawatan untuk memeriksa kemudahan penyedia makanan, selain mengambil dan meneliti sampel makanan dan memastikan kesahihannya. 

Majlis bandaran Makkah sudah meluluskan langkah-langkah untuk menyediakan makanan sewaktu Haji, kata Encik Al-Zaytouni, seperti dipetik Saudi Gazette. 

Majlis bandaran tersebut masih menerima permohonan daripada penyedia makanan yang ingin menawarkan khidmat mereka sewaktu musim Haji tahun ini, tambah Encik Al-Zaytouni. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan