Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis angkat sumpah Presiden Indonesia hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang kelapan bakal berlangsung pada Ahad (20 Okt).

Pelantikan itu menyusuli kemenangan Encik Prabowo Subianto dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka.

Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari mengumumkan, Encik Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya, Gibran Rakabuming, menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ia sekali gus cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Encik Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia.

Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Gerakan Indonesia Raya, Gerindra, akan menjadi presiden Republik Indonesia paling berusia apabila beliau memulakan tugas dan mengangkat sumpah pada umur 73 tahun.

Majlis pelantikan Encik Prabowo dan Encik Gibran akan berlangsung di parlimen.

Beliau kemudian akan ke istana presiden di mana Encik Joko Widodo akan menyerahkan tampuk pemerintahan selepas sedekad berkuasa.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan di seluruh ibu kota Jakarta menjelang upacara pada Ahad, dengan kira-kira 100,000 anggota polis dan tentera ditugaskan bagi memastikan kelancaran majlis.

Pengerusi Parti Gerindra itu akan diarak dari Kompleks Legislatif Senayan, tempat beliau dilantik secara rasmi oleh Ahli Parlimen, hingga ke Istana Negara di Jakarta Pusat.

Beberapa puluh pemimpin luar negara dijangka hadir untuk menyaksikan upacara itu termasuk Perdana Menteri Lawrence Wong.
 
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan