Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahu ke M'sia cuti ini? Berikut 5 perkara anda perlu lakukan

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu ke M'sia cuti ini? Berikut 5 perkara anda perlu lakukan

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Pejam celik, pejam celik, cuti sekolah bulan Jun akan tiba dalam masa seminggu sahaja. Ini merupakan peluang emas bagi para ibu bapa yang ingin ke luar negara bersama anak-anak mereka. 

Jika tidak berkesempatan terbang jauh, negara jiran kita, iaitu Malaysia, mungkin menjadi destinasi pilihan.

Namun, dengan peraturan dan keadaan semasa yang kian berubah-ubah, ramai yang pasti masih tidak pasti apa yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan ke seberang tambak - baik melalui udara, darat atau laut.

Jangan bimbang, berikut 'checklist' atau senarai semak, yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang perlu ada ikuti agar perjalanan anda bermula dengan lancar.

MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan sistem digital yang dikuatkuasakan oleh Pemerintah Malaysia agar dapat memudahkan usaha pengesanan kontak bagi membendung penularan COVID-19. 

Ia juga berfungsi sebagai pasport vaksinasi anda. 

Sebelum berangkat, pastikan anda muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store, Apple App Store atau AppGallery Huawei dan daftar akaun anda tersendiri. 

<p>(Gambar: Apple App Store)</p>

Anda perlu mengisi butiran pasport dan alamat tempat tinggal anda di Malaysia. 

ISI BORANG DIGITAL SEBELUM PELEPASAN (DPDF)
 
Semua pelawat yang tiba di Malaysia, tidak kira melalui udara, darat atau laut, dikehendaki mengisi Borang Digital Sebelum Pelepasan (DPDF). 

DPDF itu boleh diperolehi di bawah ikon 'Traveller' atau 'Pengembara' dan anda perlu melengkapkan maklumat penting kesihatan anda. 

Pastikan anda sudah melengkapkan borang DPDF sebelum ke kaunter pendaftaran masuk atau 'check-in'. 

Pelawat yang sudah lengkap divaksin akan diberikan Kad Digital Pengembara selepas menyerahkan borang DPDF tersebut. 

Jika anda belum divaksin atau belum lengkap divaksin, anda akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) selama lima hari. Ini bermakna, anda perlu menjalani kuarantin selama lima hari selepas tiba di Malaysia. 

ISI BUTIRAN SIJIL VAKSINASI ANDA

Anda perlu mendapatkan pengesahan bagi sijil digital vaksinasi anda di aplikasi MySejahtera. 

Langkah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Bermakna, anda tidak perlu mengulanginya setiap kali anda masuk ke Malaysia.

MASIH BELUM LENGKAP DIVAKSIN?

Pelawat yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin berusia 18 tahun dan ke atas dikehendaki menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 yang diambil dua hari sebelum berlepas. 

Ujian yang boleh diterima adalah: 

- Ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) 
- Ujian pantas antigen (ART) yang diselia 

Anda juga dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag yang diselia dalam masa 24 jam selepas tiba. Ujian di bawah penyeliaan itu boleh dilakukan di klinik-klinik privet atau secara maya. 

Khidmat ujian RTK-Ag juga disediakan di lapangan terbang. 

Jika diuji positif, anda perlu menjalani kuarantin selama empat hari sebelum melakukan ujian RTK-Ag yang diselia (fizikal atau maya) pada hari keempat. 

Keputusan ujian akan dimuat naik ke dalam aplikasi MySejahtera oleh pengamal perubatan. 

Jika keputusan ujian anda negatif dan sudah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh menamatkan kuarantin dan berjalan-jalan seperti biasa. 

Namun, sekiranya anda menghasilkan keputusan positif, anda mesti melengkapkan kuarantin selama tujuh hari. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ketujuh. 

Kos-kos ujian selepas tiba harus ditanggung oleh pelawat. 

<p>(Gambar: @KKMPutrajaya/Twitter)</p>

PASTIKAN PASPORT DICOP

Perkara yang satu ini amat penting!

Pastikan pasport anda betul-betul dicop di pusat-pusat pemeriksaan Malaysia sebelum memasuki dan meninggalkan Malaysia, nasihat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Johor Bahru dalam satu catatan ke Facebook. 

Jangan sesekali meninggalkan pusat imigresen Malaysia tanpa cop masuk dan keluar pada pasport anda. Ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Imigresen Malaysia. 

Yang penting sekali, harus menjaga barang-barang anda dan mematuhi undang-undang tempatan. 

Selamat bercuti!

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan