Skip to main content

Dunia

Mahu bebaskan anak ditahan kastam, bapa sebaliknya ditipu RM8,000

Seorang bapa mengalami kerugian RM8,000 (S$2,660) akibat ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa "mengenali orang dalam Kastam" yang dapat membebaskan anaknya yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan rokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu bebaskan anak ditahan kastam, bapa sebaliknya ditipu RM8,000

Gambar fail wang kertas Ringgit Malaysia. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 02:25PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 02:27PM

KUANTAN: Seorang bapa mengalami kerugian RM8,000 (S$2,660) akibat ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa "mengenali orang dalam Kastam" yang dapat membebaskan anaknya yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan rokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusuf, berkata mangsa yang berusia 49 tahun mendakwa anaknya ditahan pihak Kastam pada pagi Isnin (25 Mac), dan diperkenalkan kepada suspek bernama Faris menerusi seorang rakan.

Faris, menurut mangsa, mendakwa mengenali 'orang dalam' Kastam yang boleh membantu membebaskan anaknya dengan bayaran sebanyak RM8,000 (S$2,660).

"Mangsa mendakwa telah menyerahkan wang tunai RM4,000 (S$1,330) kepada Faris pada Selasa (26 Mac) di sebuah kedai makan, manakala bakinya diserahkan pada keesokan harinya di hadapan pejabat Kastam di sini," katanya kepada para wartawan hari ini (30 Mac).

Encik Mohd Wazir berkata suspek memaklumkan bahawa proses melepaskan anak mangsa akan mengambil masa selama setengah jam dan meminta mangsa untuk menunggu di hadapan bangunan pejabat itu.

Bagaimanapun, mangsa mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya tidak keluar daripada bangunan itu selepas menunggu agak lama, menyebabkan beliau bersama seorang rakan yang menemaninya masuk ke pejabat itu.

"Mereka membuat semakan pada buku daftar pelawat dan mendapati nama Faris tiada di dalam buku tersebut," katanya.

Encik Mohd Wazir berkata mangsa membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Jumaat (29 Mac).

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan disebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita