Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuduh Israel menggunakan air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa, dengan menyatakan bahawa dasar itu merupakan sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengawal dan mengusir rakyat Palestin daripada tanah mereka.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas. (Gambar: AP)
- Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuduh Israel menggunakan air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa, dengan menyatakan bahawa dasar itu merupakan sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengawal dan mengusir rakyat Palestin daripada tanah mereka.
- Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mahmoud Abbas menegaskan bahawa pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja, terutama bekalan air bersih, serta menyekat bantuan kemanusiaan.
- Mahmoud Abbas turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera, terutama bagi melindungi kanak-kanak di Gaza yang terpaksa beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan hanya satu liter air, atau terpaksa minum bekalan yang tercemar.
- "Kanak-kanak sedang mati akibat penyahhidratan serta kekurangan akses kepada makanan dan ubat-ubatan. Ini adalah kanak-kanak yang, seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia, berhak hidup dengan maruah dan keselamatan,” tambah Mahmoud Abbas.
Dalam kenyataan sempena Hari Air Sedunia pada Sabtu (22 Mac), Presiden Abbas berkata sambutan itu berlangsung ketika rakyat Palestin terus menanggung apa yang disifatkannya sebagai tindakan genosid oleh Israel selama lebih setahun setengah, mengakibatkan kematian ribuan orang termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), beliau menegaskan bahawa pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja, terutama bekalan air bersih, serta menyekat bantuan kemanusiaan.
"Penggunaan air oleh pendudukan Israel sebagai alat penyeksaan, pemindahan paksa dan tekanan bukan sesuatu yang baharu.
"Ia adalah dasar yang disengajakan dan telah lama berlangsung bagi menyekat pembangunan Palestin, meluaskan penempatan haram dan memaksa penduduk meninggalkan tanah mereka," katanya.
Tambahnya lagi, Israel mengekalkan kawalan penuh ke atas sumber permukaan dan air bawah tanah, menggunakan kawalan itu untuk memanipulasi kehidupan harian rakyat Palestin demi kepentingan sendiri dan meneruskan objektifnya.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera, terutama bagi melindungi kanak-kanak di Gaza yang terpaksa beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan hanya satu liter air, atau terpaksa minum bekalan yang tercemar.
"Kanak-kanak sedang mati akibat penyahhidratan serta kekurangan akses kepada makanan dan ubat-ubatan. Ini adalah kanak-kanak yang, seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia, berhak hidup dengan maruah dan keselamatan,” tambahnya.
Mereka adalah kanak-kanak yang, seperti kanak-kanak lain di dunia, berhak untuk hidup dalam keadaan bermaruah dan selamat," tegas beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.