Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahmoud Abbas adakan perbincangan dengan rombongan Israel

Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas bertemu dengan rombongan pemerintah Israel di Ramallah pada Ahad malam (3 Okt), iaitu pertemuan kedua antara kedua-dua pihak dalam masa sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahmoud Abbas adakan perbincangan dengan rombongan Israel

Presiden Palestin Mahmoud Abbas (Gambar fail: Alaa Badarneh/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 10:07AM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 10:13AM

RAMALLAH: Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas bertemu dengan rombongan pemerintah Israel di Ramallah pada Ahad malam (3 Okt), iaitu pertemuan kedua antara kedua-dua pihak dalam masa sebulan.

Demikian menurut sumber di kedua-dua pihak.

Encik Abbas menerima Menteri Kesihatan Israel Nitzan Horowitz, Menteri Kerjasama Serantau Issawi Freij dan timbalannya Michal Rozin, semuanya dari parti sayap kiri Meretz, yang merupakan sebahagian daripada pemerintah gabungan.

"Presiden menekankan pentingnya mengakhiri pendudukan Israel dan mencapai perdamaian yang adil dan global sesuai dengan ketetapan antarabangsa," lapor agensi berita rasmi wilayah itu WAFA.

Encik Abbas juga menekankan perlunya untuk menghentikan penempatan dan untuk menamatkan pengusiran keluarga Palestin daripada daerah daerah berbeza di Baitulmakdis Timur, WAFA menambah.

Anggota Meretz mengulangi sokongan mereka untuk mencapai huraian dua negara bagi konflik tersebut, untuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan perlunya membina kepercayaan antara kedua-dua belah pihak.

"Kami mempunyai misi bersama," tulis Encik Horowitz kemudian di Twitter. "Untuk mempertahankan harapan mencapai perdamaian yang berdasarkan penyelesaian dua negara." Catatan Twitter itu melampirkan gambar beliau berdiri bersama Encik Abbas.

Encik Horowitz, yang merupakan pemimpin parti Meretz, dikritik keras oleh pihak berhaluan kanan di Israel disebabkan pertemuannya dengan Encik Abbas.

Pada hujung Ogos, Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz mengunjungi ibu pejabat Penguasa Palestin untuk berbincang dengan Encik Abbas, pertemuan rasmi pertama di peringkat itu dalam beberapa tahun.

Namun setelah perbincangan itu, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menegaskan bahawa tiada proses perdamaian yang sedang berlangsung dengan rakyat Palestin, "dan tidak akan wujud proses sedemikian".

Mesyuarat pada Ahad berlaku sedang pemimpin gerakan Hamas, yang menguasai Carikan Gaza, mengadakan rundingan di Kaherah, Mesir mengenai kemungkinan pertukaran tahanan dengan Israel.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB bulan lalu, Encik Abbas pada 24 September memberi tempoh satu tahun kepada Israel untuk menarik diri daripada wilayah yang diduduki. Jika mereka gagal, beliau tidak akan lagi mengiktiraf negara Israel berdasarkan sempadan sebelum 1967.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan