Mahkamah tolak permohonan Mahathir diwakili peguam semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja Pedra Branca
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (13 Jan), untuk membolehkan beliau dan peguamnya hadir sepanjang prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks, dan South Ledge.
Hakim Amarjeet Singh menolak permohonan itu tanpa sebarang kos, pada prosiding yang dihadiri peguam Zainur Zakaria dan Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Dr Mahathir, serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Nur Hafizza Azizan mewakili responden.
"Semakan kehakiman ditolak dan tiada perintah terhadap kos," kata Encik Amarjeet dalam penghakiman ringkasnya.
Ditanya Zainur mengenai alasan penolakan permohonan itu, Encik Amarjeet menjawab, "Saya akan menulis alasan penuh penghakiman dalam masa terdekat."
Pada 12 Jun tahun lalu, mantan Perdana Menteri itu memberi keterangan dalam prosiding RCI yang dijalankan secara tertutup, dan RCI telah menyahklasifikasikan laporannya yang dikeluarkan pada 5 Disember 2024.
Laporan RCI antaranya berpendapat bahawa Dr Mahathir berkemungkinan dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkaitan, walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas dan kebarangkalian permohonan tersebut untuk berjaya.
Dua permohonan itu adalah bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pedra Branca, manakala Middle Rocks yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu, adalah milik Malaysia.
Selain itu, ICJ memutuskan hak milik South Ledge, kira-kira empat kilometer dari Pedra Branca, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Dalam laporan setebal 217 muka surat, RCI turut mengesyorkan agar siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan, dan beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
Dr Mahathir memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 5 Jun tahun lepas, menamakan lapan responden termasuk Pengerusi RCI Md Raus Sharif dan mendakwa beliau tidak dibenarkan untuk diwakili peguam pilihannya pada prosiding RCI, selain mendakwa beliau mempunyai hak untuk diwakili peguam pilihan dalam siasatan berkenaan.
Dr Mahathir memohon satu perisytiharan bahawa beliau adalah individu yang menjadi perkara dalam siasatan RCI, atau terbabit dengan perkara yang sedang disiasat oleh suruhanjaya, justeru beliau memohon perintah mandamus untuk membenarkannya dan peguam hadir sepanjang prosiding RCI.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.