Mahkamah Tinggi Pulau Pinang benar tulisan Jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis (28 Nov) menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

(Gambar: BERNAMA)
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis (28 Nov) menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Pada September lepas, Gerakan memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Encik Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Encik Maszlee Malik, Timbalannya Encik Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.
Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.
Encik Mak ketika dihubungi semalam dan berkata jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.