Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Tinggi M'sia perintah Ahmad Zahid bela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah

Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi M'sia perintah Ahmad Zahid bela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan