Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Tinggi India perluaskan definisi 'keluarga'

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi India perluaskan definisi 'keluarga'

(Gambar: iStock melalui TODAY)

NEW DELHI: Mahkamah Tinggi India memutuskan bahawa manfaat bagi keluarga di bawah undang-undang mesti diperluaskan kepada keluarga tiri, pasangan sejenis dan jenis keluarga lain yang disifatkan sebagai "luar dari kebiasaan", sekali gus memperluaskan definisi keluarga.

Ia adalah yang terbaru dalam siri keputusan mahkamah bagi mencabar pemikiran konservatif dan ia mungkin akan mempunyai implikasi besar ke atas hak wanita dan golongan gay.

Keputusan mahkamah itu memihak Cik Deepika Singh, jururawat di mana majikannya,sebuah institut perubatan pemerintah di utara India, menolak permohonannya bagi cuti bersalin selepas dia melahirkan bayi kerana dia sudah mengambilnya bagi menjaga anak-anak suaminya daripada perkahwinan sebelumnya.

Hakim D.Y. Chandrachud menulis bahawa "keluarga" boleh didefinisikan dengan pelbagai konfigurasi dewasa yang memainkan peranan sebagai penjaga utama dengan kedua-dua anak kandung dan bukan anak kandung.

Encik Akshay Verma, peguam yang mewakili kes Cik Singh, berkata perintah itu "membuka skop" manfaat bagi keibubapaan.

Keputusan Mahkamah Tinggi adalah muktamad tetapi keupayaan penguatkuasaannya terhad, sekali gus membuka persoalan sejauh masa kesan praktikal segera bagi perintah ini, terutama sekali di bahagian lebih konservatif di India.

Ini lebih-lebih lagi banyak urusan keluarga diputuskan di luar mahkamah.

Namun demikian, undang-undang itu disifatkan sebagai penanda aras ke arah kesamarataan bagi wanita dan masyarakat LGBTQ di India, dalam negara di mana isu keluarga - termasuk hak penjagaan kanak-kanak - sering meletakkan ibu bapa yang belum bernikah dalam kedudukan yang rumit dengan keluarga berangkai bertikai dalam perbicaraan yang berpanjangan di mahkamah keluarga.
Sumber : Agensi berita/IM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan