Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Tinggi AS benarkan rakyat bawa senjata di khalayak ramai

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi AS benarkan rakyat bawa senjata di khalayak ramai

Gambar: Ed JONES / AFP

Diterbitkan : 24 Jun 2022 10:46AM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 10:46AM
WASHINGTON: Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS) memutuskan pada Khamis (23 Jun) bahawa rakyat negara itu mempunyai hak asasi untuk membawa senjata api di khalayak ramai.

Ia merupakan satu keputusan penting dengan kesan yang meluas bagi negeri dan bandar merata AS yang berdepan dengan lonjakan kes keganasan melibatkan senjata api.

Pada 14 Mei, seorang remaja berusia 18 tahun menggunakan senjata api jenis AR-15 untuk membunuh 10 warga Afrika Amerika di sebuah pasar raya di Buffalo, New York.

Kurang dua minggu kemudian 19 kanak-kanak dan dua guru ditembak dan dibunuh di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas, oleh seorang remaja lain dengan senjata raifal automatik berkuasa tinggi yang sama.

Keputusan 6-3 itu membatalkan undang-undang New York yang memerlukan seseorang membuktikan mereka mempunyai keperluan mempertahankan diri yang sah untuk menerima permit membawa senjata api secara tersembunyi semasa berada di luar rumah.

Lima lagi negeri termasuk California dan Washington mempunyai undang-undang yang serupa dan akan menghalang negara itu daripada menyekat orang ramai membawa senjata.

Presiden Joe Biden mengecam keputusan itu. Menurutnya ia "bercanggah dengan akal fikiran dan Perlembagaan. Kita harus semua khuatir dengan keputusan tersebut."

Meskipun terdapat desakan yang semakin meningkat untuk menghadkan senjata api selepas dua kejadian tembakan beramai-ramai pada Mei lalu, mahkamah berpihak kepada plaintif yang mengatakan Perlembagaan AS menjamin hak untuk memiliki dan membawa senjata.

Keputusan bersejarah itu adalah yang pertama oleh mahkamah dalam kes Pindaan Kedua sejak 2008 apabila Perlembagaan AS memutuskan bahawa rakyat Amerika mempunyai hak untuk menyimpan senjata api di rumah untuk mempertahankan diri.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa