Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Thailand gantung tugas PM Prayut

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Mahkamah perlembagaan Thailand pada Rabu (24 Ogos) menggantung tugas rasmi Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha selepas ia memutuskan untuk mendengar petisyen bagi menyemak semula kesahihan tempoh penggal lapan tahun beliau sebagai Perdana Menteri.

Mahkamah mengumumkan perkara itu menerusi kenyataan bertulis kepada pihak media.

Bagaimanapun masih belum jelas bila keputusan muktamad mengenai jawatan Perdana Menteri akan dibuat berhubung petisyan yang difailkan parti pembangkang utama.

"Mahkamah sudah mempertimbangkan petisyen serta dokumen berkaitan dan melihat bahawa fakta dalam petisyen berkenaan menimbulkan sebab untuk membangkitkan persoalan mengenai tempoh penggal jawatan perdana menteri," menurut kenyataan tersebut.

"Dengan itu, ia mencapai undian majoriti (5:4) untuk para responden menggantung tugas Perdana Menteri mulai 24 Ogos 2022 sehingga mahkamah menyampaikan keputusan."

Encik Prayut dikehendaki memberikan penjelasan kepada mahkamah dalam tempoh 15 hari selepas menerima salinan permintaan itu, menurut mahkamah.

Perlembagaan 2017 Thailand melarang perdana menteri untuk berkhidmat lebih daripada lapan tahun.

Parti pembangkang menyatakan bahawa Encik Prayut yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa 2014 sudah mencapai had perkhidmatan tersebut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan