Mahkamah Thai akan putuskan usaha pinda undang-undang penghinaan diraja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thai pada Rabu (31 Jan) akan memberikan keputusannya, sama ada parti pembangkang utama, Move Forward, telah melanggar perlembagaan negara apabila ia mahu meminda undang-undang yang melarang perbuatan menghina keluarga diraja.
Langkah itu dianggap mampu mewujudkan satu kebiasaan baru bagi mengubah salah satu daripada undang-undang lese majeste yang ketat di dunia.
Move Forward mengumumkan rancangannya itu semasa berkempen dalam pilihan raya umum tahun lalu.
Parti itu muncul sebagai pemenang terbesar dalam pilihan raya tersebut tetapi rancangannya itu telah mencetuskan kemarahan golongan konservatif.
Ia menyebabkan pemimpin parti itu, Pita Limjaroenrat, gagal untuk menjadi Perdana Menteri dan Move Forward gagal membentuk kerajaan campuran.
Keputusan mahkamah itu akan menjadi yang kedua melibatkan parti Move Forward dalam tempoh seminggu, dalam apa yang dikhuatiri para penyokong parti tersebut adalah permulaan kempen untuk menyekat gerakan anti-penubuhan, yang memperjuangkan reformasi untuk menamatkan status quo.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.