Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Seoul tolak petisyen mangsa perhambaan seks tentera Jepun

Sebuah mahkamah Korea Selatan menolak satu petisyen yang dikemukakan para mangsa perhambaan seks tentera Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Seoul tolak petisyen mangsa perhambaan seks tentera Jepun

Gambar fail Presiden Korea Selatan Moon Jae-in (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (kanan) di Tokyo pada 9 Mei 2018. (Gambar: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2019 10:18PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 12:29PM

SEOUL: Sebuah mahkamah Korea Selatan menolak satu petisyen yang dikemukakan para mangsa perhambaan seks tentera Jepun.

Menurut pihak mahkamah, perjanjian yang dicapai antara Seoul dengan Tokyo untuk menghuraikan pertikaian mengenai isu perhambaan seks itu, tidak boleh disemak semula.

Mahkamah Korea Selatan itu menyatakan perjanjian antara negara itu dengan Jepun pada 2015, melibatkan permohonan maaf Jepun serta ganti rugi S$12 juta (1 billion Yen)

Ia bertujuan menyelesaikan isu perhambaan seks wanita Korea oleh tentera Jepun, semasa Perang Dunia Kedua.

Tetapi sekumpulan mangsa dari Korea mengemukakan kes di mahkamah, membantah perjanjian tersebut.

Namun menurut keputusan mahkamah hari ini (27 Dis), perjanjian 2015 itu adalah "muktamad dan tidak boleh ditarik balik."

Media Jepun yang membuat liputan meluas mengenai kes itu, melaporkan rasa lega kerajaan Jepun terhadap keputusan mahkamah Korea Selatan itu.

Baru Isnin lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menemui Presiden Moon Jae-in, di mana Tokyo bersetuju untuk menarik balik sebahagian sekatan dagangan ke atas Seoul, yang diperkenalkan Julai lalu.

Sumber : Agensi berita/AA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan